Shopping Cart
0 items
 
Specials
 

Testimoni

Testimoni Pelanggan Sutera-Online.com

Berikut testimoni yang telah dikirimkan oleh pelanggan-pelanggan sutera-online.com.

"Saya telah membeli beberapa pasang kain sutera di sutera-online. Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan mutu kainnya yang senang digosok dan tak mudah renyuk. Pada sesiapa yang mencari kain sutera bermutu tinggi pada harga yang berpatutan, belilah di sutera-online.com".
-lili, Perak-

"I am very pleased with the quality of the sutera that I bought from suteraonline. Items were well-packaged and quickly shipped and I must say that Puan Azah is an efficient and friendly seller. I am touched that she puts in effort in keeping track of the shipment and making sure that I have received the items. All in all, a delightful shopping experience and am definitely will be coming back to sutera-online.com for more."
-Warm regards, Azzah From Singapore-

Saya suka produk batik oleh Sutera Online sebab dengan harga yang menarik, saya dapat membeli batik yang mempunyai design yang eksklusif walaupun untuk batik yang tidak dikategorikan sebagai eksklusif..hebatkan?
- Aishah Ali, Muar-

"Dapatkan sutera exclusive dari sutera-online untuk digayakan dalam majlis keramaian. Kualiti kainnya tebal dan baik tidak mudah tercarik sesuai dgn harganya. Corak n warna yang menarik dan terkini, memikat hati saya untuk mendapatkannya. Rakan saya menegur baju sutera batik yang saya gayakan begitu cantik coraknya, saya katakan dapatkan la di sutera-online.com "

-azawati, B.Pahat Johor-

Komen tentang produk: "alhamdulillah saya berpuas hati dgn kualiti kain yg di beli. Saya menerima kain tersebut dlm keadaan yg baik n selamat."
Komen tentang servis: "Feedback dan tempoh pengurusan yg cepat dan tepat. Terima kasih. Insyallah di lain hari saya ingin buat order lagi."
-Jaimah, Brunei Darussalam-

Komen tentang produk: "saya sangat berpuas hati dengan fabrik yang dijual, malah saya juga promote kepada kawan-kawan saya saya berharap kualiti dari segi warna dan corak akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa2 yang akan datang mengikut citarasa masa kini."
Komen tentang servis: "penghantaran yg cepat (pos laju free pula tu...) dan kemas.
"
-Izan, Shah Alam-


Nota : E-mailkan testimonial anda kepada suteraonline@yahoo.com.